Friday 14 October 2011

CRAZY

Here’s to the Crazy Ones.
The misfits.
The rebels.
The troublemakers.
The round pegs in the square holes.
The ones who see things differently.
They’re not fond of rules.
And they have no respect for the status quo.
You can quote them, disagree with them,
disbelieve them, glorify or vilify them.
About the only thing that you can’t do, is ignore them.
Because they change things.
They invent. They imagine. They heal.
They explore. They create. They inspire.
They push the human race forward.
Maybe they have to be crazy.
How else can you stare at an empty canvas and see a work of art?
Or, sit in silence and hear a song that hasn’t been written?
Or, gaze at a red planet and see a laboratory on wheels?
While some may see them as the crazy ones, in other hand we should see genius.
Because the ones who are crazy enough to think that they can change the world,
are the ones who do.

LAYU FUSARIUM ADALAH PENYAKIT TANAMAN PISANG


         Penyakit layu Fusarium pada pisang merupakan salah satu penyakit yang
telah dan sedang memusnahkan tanaman ini di seluruh dunia. Penyakit ini hampir  melumpuhkan perdagangan eksport pisang di Amerika Tengah dan Caribbean pada
1940an dan 1950an yang bergantung pada klon Gros Michel. Industri tersebut
telah diselamatkan dengan menggantikan Gros Michel dengan pisang Cavendish
yang rintang terhadap penyakit ini. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun
sahaja, klon ini juga mengalami kemusnahan yang teruk. Pada 1960%an, terdapat
serangan penyakit ini di kawasan subtropika dan tropika yang melibatkan pisang
Cavendish (Pegg & Langdon, 1986). Penanaman pisang Cavendish di Malaysia
bermula sejak tahun 1990an, terutamanya untuk pasaran eksport kerana anggapan
lama bahawa kultivar Cavendish tidak diserang penyakit layu Fusarium di negara
tropika. Hampir separuh daripada kawasan penanaman telah ditanam dengan pisang
Berangan dan Cavendish untuk pasaran tempatan dan eksport. Manakala kawasan
yang lain telah ditanam dengan kultivar tempatan seperti pisang Mas, pisang Rastali,
pisang Raja, pisang Awak, pisang Abu Nipah, pisang Nangka, dan pisang Tanduk
untuk pasaran tempatan (Jamaluddin et al., 1999). Pada tahun 1992, penyakit layu
Fusarium telah dikesan di ladang pisang Nam Heng, Johor dan Fusarium oxysporum 
f. sp. cubense (Foc) ras telah dikenalpasti (Lee et al., 1999). Patogen yang pertama
kali dikenalpasti di Queensland ini tergolong dalam kumpulan keserasian vegetatif
(VCG) 01213 dan 01216. VCG 01213 juga didapati menyerang pisang Mas di Perak
dan pisang Berangan di Selangor

Tuesday 13 September 2011

APA ITU LIMAU MELOMAS

Limau bali Citrus maxima [Burm.] Merr. mempunyai buah yang terbesar
dalam kumpulan citrus. Ia berasal dari kawasan Selatan China dan Asia
Tenggara terutamanya Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Di Malaysia, limau bali juga dikenali sebagai limau besar atau limau
abong. Ianya merupakan buah yang sangat penting bagi masyarakat
cina untuk Perayaan Tahun Baru Cina dan Perayaan Kuih Bulan.
Di antara jenis yang popular dalam pasaran ialah Tambun Manis (PO52),
Tambun Masam dan Shatian (PO51). Varieti Melomas adalah kultivar
limau bali di perkenalkan pada Oktober 1998. Sehingga kini keluasan
tanaman Melomas telah meningkat kepada 200 hektar terutama di
Daerah Kuala Kangsar.

Sunday 11 September 2011

RENDANG TOK KUALE


 
Sejarah Rendang Tok Kuale

      Rendang tok merupakan salah satu daripada makanan tradisional yang popular di Negeri Perak. Rendang dipercayai berasal dari sumatera barat dan kerbau secara tradisional digunakan sebagai daging. Menandakan kekayaan dari orang atau masyarakat yang mampu meletakkan kerbau untuk dimakan. Malah terdapat bahan penulisan yang menulis bahawa rendang tok dari Perak, diyakini telah tercipta oleh raja pemerintah kerajaan Perak pada satu masa dahulu, yang mana hanya keluarga diraja ini yang memiliki prasarana untuk mendapatkan rempah – rempah mahal yang menjadi senarai bahan – bahan untuk menyediakan rendang tok. Sajian istimewa ini mempunyai banyak rempah – rempah seperti serai dan cekur (root). Keunikan ini menjadikan rendang tok merupakan salah satu daripada makanan tradisional yang popular di Negeri Perak.

     Rendang tok diperkenalkan kepada seluruh masyarakat samada dari dalam Negeri Perak mahupun dari negeri – negeri lain dengan satu pendekatan yang secara holistik merangkumi seluruh industri yang berkaitan dengannya. Dalam usaha memperkenalkan rendang tok kepada dunia pelbagai agensi pernah mencuba dengan pelbagai pendekatan. Namun peluang Kuala Kangsar untuk meneroka entry point ini masih terbuka dan mampu mengatasi seluruh saingan. Ditambah dengan lokasi berhampiran dengan lebuhraya utama ( PLUS ) dan sebagai laluan perhubungan utama laluan utara pantai barat dan pantai timur Malaysia menjadikan peluang memihak kepada Kuala Kangsar.

     Selain daripada itu produk – produk yang berkait rapat dengan rendang tok ini seperti kerisik , santan, tanaman herba dan rempah seperti halia, serai, lengkuas dan sebagainya untuk meluaskan lagi industri ini. Pejabat Pertanian Kuala Kangsar mencadangkan pembangunan industri rendang tok Kuala Kangsar dibangunkan dengan pendekatan holistic sebagai Satu  Industri 1 Komuniti



Resepi Rendang Tok Kuale

Bahan-Bahan:
1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)

Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit

Cara:
Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.


Bilangan Pengusaha  Disetiap Rantai Nilai Pengeluaran
BAHAN UTAMA
BIL HEKTAR
BIL PENGUSAHA
Halia
1.2
2 orang
Serai
6.4
7 orang
Lengkuas
1.5
2 orang
Santan Segar

18 orang
Kerisik

30 orang
Kelapa
5.2
3 orang



Membangunkan Industri  Rendang  Tok Dengan Melibatkan Seluruh Rantai Nilai Pengeluaran
Faktor Kunci Kejayaan Projek

Sasaran Kedapatan Projek Rendang Tok
Produk
Bil Sepenuh Masa
Bil Separuh Masa
Pengusaha Katering
Santan segar
30 orang


Kerisik
20 orang
25 orang
66 orang
Rendang tok
5 orang
10 orang
80 orang
Biskut Kelapa
1 orang
5 orang

Minyak Kelapa Dara
5 orang
5 orang

Pes Rendang yang Lain
5 orang
10 orang
88 orang


Nilai Keseluruhan Pengeluaran Industri
BAHAN UTAMA
KUANTITI KEPERLUAN SEBULAN
ANGGARAN NILAI YANG DIPEROLEHI
( RM )
Halia
300 kg
2,250.00
Serai
600 kg
3,000.00
Lengkuas
300 kg
1,200.00
Santan Segar
2000 kg
12,000.00
Kerisik
150 kg
1,500.00
Kelapa
20000 biji
16,000.00
Daging ( import )
5.2 tan
6,240.00




MAKLUMAT ASAS PEJABAT PERTANIAN DAERAH KUALA KANGSAR













ANGGARAN KOS PENGELUARAN TANAMAN JAGUNG



Anggaran Kos Pengeluaran Jagung/ha/musim
Jarak Penanaman
: 0.75 m x 0.5 m
Kepadatan
: 26,666 pokok / ha
Masa memungut hasil : 65-70 hari selepas menanam
Kuantiti
Harga(RM)/unit
 Nilai kos (RM)
Pendapatan Kasar
25,000
tongkol
0.5
/tongkol
      12,500.00
Kos
I
Kos Berubah
Bahan-bahan Input
1
Benih
10
kg
140
/ kg
         1,400.00
2
Baja
a. Kapur
3.1
tan
200
/tan
            620.00
b. Tahi ayam
6.2
tan
300
/ tan
         1,860.00
c. NPK 15:15:15
0.2
tan
3,000
/ tan
            600.00
d. Urea
0.4
tan
3,000
/tan
         1,200.00
3
Racun kimia
a. Racun Pra Cambah (Atrazine)
4
kg
            496.90
c. Cypermethrin dan lain-lain
4.17
liter
17
/liter
              70.89
d. Mencozeb dan lain-lain
8.33
kg
20
/kg
            166.60
e. Thiram
10
kg
25
/kg
            250.00
f. Racun Rumpai
16.67
liter
45
/liter
            750.15
Jumlah Kecil I
        6,176.90
II
Kos Tenaga Kerja
1
Penyediaan tanah dan batas
Kontrak
         1,000.00
2
Membuat batas
9
t.h.
30
/th
            270.00
3
Membaja asas & kapur
10
t.h.
30
/th
            300.00
4
Menanam
10
t.h.
30
/th
            300.00
5
Memasang sistem air
6
t.h.
30
/th
180.00
6
Menyulam dan menjarang
4
t.h.
30
/th
120.00
7
Menyembur serangga & kulat
6
t.h.
30
/th
180.00
8
Merumput
10
t.h.
30
/th
300.00
9
Membaja I,II,III dan IV
8
t.h.
30
/th
240.00
10
Meracun rumpai
8
t.h.
30
/th
240.00
11
Memungut hasil
6
t.h.
30
/th
180.00
Jumlah Kecil II
        3,310.00
III
Kos Tetap
1
Cukai tanah
2.5
bulan
42
/ha/bln
            105.00
2
Susut nilai alatan pengairan
2.5
bulan
33
/bulan
              82.50
3
Bahan Api
 a.  Diesel
300
liter
1.8
liter
            540.00
 b.  Minyak pelincir / alatan
12
liter
15
liter
            180.00
Jumlah Kecil III
           907.50
Jumlah Kos Berubah ( I+II+III)
      10,394.40
Pendapatan
1
Pendapatan Kasar
      12,500.00
2
Jumlah kos pengeluaran
      10,394.40
3
Pendapatan Bersih
        2,105.60
4
Harga Pulang Modal (Kos/kg)
               0.42
5
Nilai Bersih Kini (NPV)@10%
RM 1,914.18