Sunday 11 September 2011

RENDANG TOK KUALE


 
Sejarah Rendang Tok Kuale

      Rendang tok merupakan salah satu daripada makanan tradisional yang popular di Negeri Perak. Rendang dipercayai berasal dari sumatera barat dan kerbau secara tradisional digunakan sebagai daging. Menandakan kekayaan dari orang atau masyarakat yang mampu meletakkan kerbau untuk dimakan. Malah terdapat bahan penulisan yang menulis bahawa rendang tok dari Perak, diyakini telah tercipta oleh raja pemerintah kerajaan Perak pada satu masa dahulu, yang mana hanya keluarga diraja ini yang memiliki prasarana untuk mendapatkan rempah – rempah mahal yang menjadi senarai bahan – bahan untuk menyediakan rendang tok. Sajian istimewa ini mempunyai banyak rempah – rempah seperti serai dan cekur (root). Keunikan ini menjadikan rendang tok merupakan salah satu daripada makanan tradisional yang popular di Negeri Perak.

     Rendang tok diperkenalkan kepada seluruh masyarakat samada dari dalam Negeri Perak mahupun dari negeri – negeri lain dengan satu pendekatan yang secara holistik merangkumi seluruh industri yang berkaitan dengannya. Dalam usaha memperkenalkan rendang tok kepada dunia pelbagai agensi pernah mencuba dengan pelbagai pendekatan. Namun peluang Kuala Kangsar untuk meneroka entry point ini masih terbuka dan mampu mengatasi seluruh saingan. Ditambah dengan lokasi berhampiran dengan lebuhraya utama ( PLUS ) dan sebagai laluan perhubungan utama laluan utara pantai barat dan pantai timur Malaysia menjadikan peluang memihak kepada Kuala Kangsar.

     Selain daripada itu produk – produk yang berkait rapat dengan rendang tok ini seperti kerisik , santan, tanaman herba dan rempah seperti halia, serai, lengkuas dan sebagainya untuk meluaskan lagi industri ini. Pejabat Pertanian Kuala Kangsar mencadangkan pembangunan industri rendang tok Kuala Kangsar dibangunkan dengan pendekatan holistic sebagai Satu  Industri 1 Komuniti



Resepi Rendang Tok Kuale

Bahan-Bahan:
1 ½ kg daging lembu (dipotong kiub 5 cm)
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)

Bahan-bahan kisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit

Cara:
Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.


Bilangan Pengusaha  Disetiap Rantai Nilai Pengeluaran
BAHAN UTAMA
BIL HEKTAR
BIL PENGUSAHA
Halia
1.2
2 orang
Serai
6.4
7 orang
Lengkuas
1.5
2 orang
Santan Segar

18 orang
Kerisik

30 orang
Kelapa
5.2
3 orang



Membangunkan Industri  Rendang  Tok Dengan Melibatkan Seluruh Rantai Nilai Pengeluaran
Faktor Kunci Kejayaan Projek

Sasaran Kedapatan Projek Rendang Tok
Produk
Bil Sepenuh Masa
Bil Separuh Masa
Pengusaha Katering
Santan segar
30 orang


Kerisik
20 orang
25 orang
66 orang
Rendang tok
5 orang
10 orang
80 orang
Biskut Kelapa
1 orang
5 orang

Minyak Kelapa Dara
5 orang
5 orang

Pes Rendang yang Lain
5 orang
10 orang
88 orang


Nilai Keseluruhan Pengeluaran Industri
BAHAN UTAMA
KUANTITI KEPERLUAN SEBULAN
ANGGARAN NILAI YANG DIPEROLEHI
( RM )
Halia
300 kg
2,250.00
Serai
600 kg
3,000.00
Lengkuas
300 kg
1,200.00
Santan Segar
2000 kg
12,000.00
Kerisik
150 kg
1,500.00
Kelapa
20000 biji
16,000.00
Daging ( import )
5.2 tan
6,240.00




No comments:

Post a Comment