Friday 14 October 2011

LAYU FUSARIUM ADALAH PENYAKIT TANAMAN PISANG


         Penyakit layu Fusarium pada pisang merupakan salah satu penyakit yang
telah dan sedang memusnahkan tanaman ini di seluruh dunia. Penyakit ini hampir  melumpuhkan perdagangan eksport pisang di Amerika Tengah dan Caribbean pada
1940an dan 1950an yang bergantung pada klon Gros Michel. Industri tersebut
telah diselamatkan dengan menggantikan Gros Michel dengan pisang Cavendish
yang rintang terhadap penyakit ini. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun
sahaja, klon ini juga mengalami kemusnahan yang teruk. Pada 1960%an, terdapat
serangan penyakit ini di kawasan subtropika dan tropika yang melibatkan pisang
Cavendish (Pegg & Langdon, 1986). Penanaman pisang Cavendish di Malaysia
bermula sejak tahun 1990an, terutamanya untuk pasaran eksport kerana anggapan
lama bahawa kultivar Cavendish tidak diserang penyakit layu Fusarium di negara
tropika. Hampir separuh daripada kawasan penanaman telah ditanam dengan pisang
Berangan dan Cavendish untuk pasaran tempatan dan eksport. Manakala kawasan
yang lain telah ditanam dengan kultivar tempatan seperti pisang Mas, pisang Rastali,
pisang Raja, pisang Awak, pisang Abu Nipah, pisang Nangka, dan pisang Tanduk
untuk pasaran tempatan (Jamaluddin et al., 1999). Pada tahun 1992, penyakit layu
Fusarium telah dikesan di ladang pisang Nam Heng, Johor dan Fusarium oxysporum 
f. sp. cubense (Foc) ras telah dikenalpasti (Lee et al., 1999). Patogen yang pertama
kali dikenalpasti di Queensland ini tergolong dalam kumpulan keserasian vegetatif
(VCG) 01213 dan 01216. VCG 01213 juga didapati menyerang pisang Mas di Perak
dan pisang Berangan di Selangor

No comments:

Post a Comment